Blog

Peraduan Petah Bercakap 2015

Sempena Lee Li Eng Award yang dijalankan oleh Jabatan Bahasa Cina pada , kami menganjurkan sebuah peraduan di lokasi yang berasingan, khas untuk para pelajar bahasa Melayu sekolah ini. Pada tahun ini, kami menyaksikan para peserta menyusun dan membentangkan penyampaian mereka yang bersangkutan dengan topik yang telah diberikan. Oleh sebab para peserta perlu bercakap secara spontan, pelbagai telatah dan penjelasan menarik dapat disaksikan. Setelah dua pusingan diadakan, seorang juara dinobatkan untuk kategori masing-masing.

Kategori Tahun 1 & 2:
Kategori Tahun 3 & 4:
Kategori Tahun 5 & 6:

Di samping mendengarkan isu-isu dan pengalaman-pengalaman dikupas oleh para peserta, para penonton juga dihiburkan oleh dendangan lagu gabungan pengacara kami. Selain itu, sekumpulan pelajar Indonesia membuat persembahan tanpa persediaan manakala dua orang pelajar berbakat menyampaikan lagu yang ditujukan buat guru-guru bahasa Melayu.

Sehingga ketemu lagi dalam 2017!

National Story Challenge 2015

Empat orang pelajar daripada Tahun 4, tiga orang pelajar daripada Tahun 1 dan seorang pelajar daripada Tahun 2 telah mendaftarkan diri untuk mewakili sekolah dalam pertandingan National Story Challenge 2015 ajuran National Library Board (NLB) dan The Theatre Practice.

 

Hafez Sorouri Zanjani (4.10) berjaya merangkul hadiah juara dalam kategori Individu setelah menumpaskan pesaing daripada madrasah Alsagoff Al-Arabiah dan Sekolah Menengah Seng Kang dalam pusingan akhir. Sebelum ini, Hafez telah menewaskan enam pesaing yang lain termasuk sekolah terkenal seperti Institusi Raffles dan Sekolah Victoria dalam pusingan separuh akhir.

Pertandingan ini mengambil masa sebulan. Para peserta akan diberikan 12 minit untuk membina jalan cerita berdasarkan topik yang telah diberikan oleh penganjur. Kemudian, para peserta harus melakonkan jalan cerita tersebut dalam masa tiga minit. Secara keseluruhannya, acara ini sungguh menarik dan memuaskan. Ucapan tahniah telah diberikan kepada Hafez yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah.

Sekolah Tinggi River Valley
14 Feb – 14 Mac 2015

Zoombara 2015

‘Zoombara’ (Zoom + Kembara) ialah acara perlumbaaan (Amazing Race) yang memerlukan para pelajar untuk melalui beberapa permainan bagi mendapatkan klu-klu untuk menyiasat dan menyelesaikan satu kes jenayah. Setiap setesen permainan akan dikaitkan dengan salah satu komponen Bahasa. Sebelum perlumbaan bermula, satu sesi perkongsian akan diadakan yang mana tetamu undangan akan berkongsi dengan para pelajar mengenai pengalaman mengendalikan kes jenayah sertak teknik-teknik untuk menghasilkan sebuah artikel dalam segmen jenayah. Kemuncak acara ini merupakan penulisan artikel secara berkumpulan hasil daripada siasatan para pelajar sendiri.

Acara ini telah dianjurkan oleh Persatuan Bahasa dan Budaya Melayu (Perbayu) NTU/NIE. Sebanyak dua kumpulan daripada Sekolah Anglo-Chinese (bebas) telah menyertai acara ini.

Kampus NIE
14 Februari 2015

Peraduan Pena Emasku 2014

Pada tahun 2014, sebelas pelajar Tahun 1 dan empat pelajar Tahun 2 telah mengambil bahagian dalam peraduan mengarang ‘Pena Emasku 2014’ anjuran EDN Media Consultant.  Peraduan ini menggalak pelajar daripada pelbagai latar belakang untuk menulis sebuah karangan dengan yakin dan kreatif. Empat orang pelajar telah memenangi pingat emas dan sebelas pelajar telah memenangi pingat perak. Patrick Ong Eng Hock daripada kelas 1.03 telah memenangi tempat kedua puluh sembilan untuk kategori sekolah menengah.

Peraduan Fasih Terjemah

Pada 31 Mei 2014, para pelajar Menengah 4 dan 5 telah mengambil bahagian dalam Peraduan Fasih Terjemah sempena salah satu aktiviti yang dianjurkan di sekolah selepas peperiksaan pertengahan tahun mereka. Untuk memenangi pertandingan tersebut, setiap kumpulan harus melalui 3 pusingan. Melalui pertandingan ini, kosa kata Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris para pelajar telah diperluaskan.

Nama pemenang:
Juara :
Rio Rasjid (5.01), Justinus (5.07), Rhandy Prawiro (5.01)
Kedua
: Felix Ciawinson (4.03), Muhd. Ameerul Hakim (4.05) Aizat Azhar (4.05)
Ketiga: Calvin Tantio (5.02), Novdano (5.03) Ryan Chin (5.04)

Peraduan Menulis Lirik

Pada tarikh 28 Mei 2014 sebagai aktiviti pos-peperiksaan, peraduan ‘Menulis Lirik & Menyanyi’ telah dianjurkan buat para pelajar Tahun 3. Guru penganjur selaku pengadil peraduan ini ialah Cikgu Faisal dan Cikgu Martinah. Seramai 36 orang pelajar Tahun 3 telah mengambil bahagian dalam peraduan ini. 7 pelajar Tahun 5 turut membuat persembahan khas buat kumpulan pelajar Tahun 3 ini dengan mendendangkan dua buah lagu.

Dalam peraduan ini, setiap kumpulan dikehendaki menulis lirik lagu asli sendiri berdasarkan satu daripada tiga tema yang diberikan, iaitu ‘kejayaan’, ‘kesedaran’ dan ‘pengorbanan’. Kemudian setiap kumpulan harus mendendangkan lagu itu secara acapela atau menggunakan melodi lagu yang sedia ada atau melodi lagu yang dicipta sendiri. Persembahan mereka diadili berdasarkan ketepatan pada tema, gaya persembahan dan penggunaan bahasa yang baik.

Setiap kumpulan berjaya menghiburkan para hadirin yang lain dengan gaya persembahan mereka yang bersahaja serta daya cipta yang tinggi kekreatifannya. Tiga kumpulan akhirnya berjaya menambat hati guru pengadil dan dinobatkan sebagai juara, naib juara dan pemenang tempat ketiga.

·       Juara: Kumpulan Aswara (Ariel Pratama Junaidi (3.11), Ivan Andika Lie (3.11), Terry Tantio (3.11), Jason Andika Lie (3.12), Ricky (3.12))
·       Naib juara: Kumpulan Berserah (Bryan Joseph Magaline (3.09), Kenrick Edlinson Hakim (3.03), Eldwin Tanwir (3.02) & Kelvin Harris (3.09))
·       Tempat ketiga: Kumpulan 3.06 (Albertus Untadi, Davin William, Immanuel Hendra, Leonardo Prayogo, Winston Ciputra (all from 3.06))

Guru penganjur ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelajar yang sudi meluangkan masa mereka untuk mengambil bahagian dalam peraduan yang memerlukan banyak persiapan. Diharapkan peraduan serupa ini dapat dianjurkan lagi buat masa yang akan datang.

Kuiz Bahasa Melayu

Pada 27 Mei 2014, para pelajar Tahun 1 mengambil bahagian dalam Kuiz Bahasa Melayu untuk meningkatkan pemahaman dan penghargaan terhadap bahasa dan budaya Melayu. Mereka menjawab soalan berkaitan dengan Bahasa dan budaya Melayu seperti makanan Melayu, muzik Melayu, tarian Melayu dan pakaian Melayu. Di akhir kuiz, jawapan telah dibincangkan secara mendalam supaya pelajar boleh belajar lebih lanjut mengenai butir-butir dan asal-usul budaya Melayu .

Pemenang Kuiz Bahasa Melayu
Tempat Pertama : Mohammad Syakir Bin Fadil 1.01
Tempat Kedua : Muhammad Danial Aqil Bin Md. Fuad 1.11
Tempat Ketiga : Iskandar Shah Johan 1.03

Permainan Piramid

Pada Penggal 2 dalam tahun 2014, pelajar-pelajar Menengah 2
mengambil bahagian dalam Permainan Piramid, yang menguji
keupayaan mereka untuk menggambarkan kata-kata dalam
bahasa Melayu. Meskipun ada di antara mereka bukan penutur
asli bahasa Melayu, namun mereka menunjukkan kebolehan
mereka untuk menggunakan bahasa Melayu dengan baik.

Pemenang Permainan Piramid
Tempat Pertama : Caleb Ponniah 2.02 & Brian Tee Qian Wah
2.02
Tempat Kedua : Phillip Ong Kim Hock 2.01 & Mitchell Prem
Dairianathan 2.09
Tempat Ketiga : Adri Faris B Mohd Affendi 2.03 & Mohd Luqman 2.13

Pertandingan mBoggle

Sekumpulan para pelajar daripada kelompok Bahasa Melayu
(Program Khas) telah mengambil bahagian dalam Pertandingan
mBoggle yang dianjurkan oleh Institusi Hwa Chong dengan
kerjasama Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan
Penggunaan Bahasa Melayu. Pertandingan ini memberi pelajar
peluang untuk mewakili sekolah, menguji keupayaan pelajar dalam
menggunakan bahasa Melayu dan juga untuk mengetahui lebih
lanjut tentang bahasa Melayu.

Pemenang Pertandingan mBoggle
Tempat Pertama bagi kategori individu ( menengah rendah ) :
Lucas Foo Chuan Bin 2.11
Tempat Ketiga bagi kategori individu ( menengah rendah ) :
Ng Chee Mun 2.11
Tempat Kedua bagi kategori individu ( menengah atas ) :
Nicholas Lim 4.15

Peraduan Tari Pena 2014

Para pelajar daripada kelompok Bahasa Melayu (Program Khas) telah menyertai pertandingan, Peraduan Tari Pena 2014, suatu peraduan mengarang buat tahun ketiga. Peraduan ini ditawarkan untuk pelajar Bahasa Melayu (Program Khas).  Matlamat peraduan ini adalah untuk menggalakkan para pelajar menggunakan Bahasa Melayu sambil menunjukkan bakat mengarang. Pertandingan ini juga bertujuan untuk menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi para guru dan murid Bahasa Melayu (Program Khas).

Peraduan ini dibahagikan kepada 3 kategori:
Kategori A : Menengah 2 (karangan bergambar bersiri)
Kategori B : Menengah 3 (karangan jenis pengalaman)
Kategori C : Menengah 4 (karangan sambung cerita)

Pemenang Kategori A
Tempat Pertama: Foo Chuan Bin Lucas (Sekolah Anglo-Chinese Bebas)
Tempat Kedua: John Chua Je En (Sekolah Anglo-Chinese Bebas)
Pemenang Saguhati: Gideon Tay Yee Chuen (Sekolah Anglo-Chinese Bebas)
Pemenang Saguhati: Alexander James Loy (Sekolah Anglo-Chinese Bebas)

Pemenang Kategori B
Pemenang Saguhati: G Pramod Ram (Sekolah Anglo-Chinese Bebas)